Ramai trader baru sering terperangkap dengan win rate percentage iaitu berapa banyak trade yang berjaya berbanding jumlah keseluruhan trade. Mereka rasa jika win rate tinggi, maka trading mereka hebat. Tetapi realitinya, win ratio jauh lebih penting untuk tentukan sama ada anda benar-benar untung atau rugi dalam jangka masa panjang.

Apa Itu Win Rate?

Win rate merujuk kepada peratusan jumlah trade menang berbanding jumlah trade keseluruhan. Contohnya, jika anda menang 70 daripada 100 trade, win rate anda ialah 70%.

Apa Itu Win Ratio?

Win ratio pula melihat kepada nisbah keuntungan berbanding kerugian. Ia mengukur berapa besar anda untung setiap kali menang berbanding berapa besar anda rugi setiap kali kalah.

Contoh mudah:

  • Jika anda menang 30 trade dengan keuntungan purata $100 (total $3,000)
  • Dan kalah 70 trade dengan kerugian purata $20 (total -$1,400)

Walaupun win rate cuma 30%, anda masih untung kerana win ratio anda lebih besar.

Kenapa Win Ratio Lebih Penting?

  1. Menjamin Profit Konsisten – Tak perlu menang banyak kali jika sekali menang anda mampu cover banyak kerugian kecil.
  2. Mengawal Emosi – Fokus pada kualiti entry dan pengurusan risiko, bukan sekadar nak capai win rate tinggi.
  3. Strategi Lebih Realistik – Banyak strategi profitable mempunyai win rate rendah (40%-50%), tetapi win ratio tinggi menjadikannya untung.

Dalam trading, bukan berapa kali anda menang yang penting, tetapi berapa banyak anda untung bila menang, dan berapa sedikit anda rugi bila kalah. Fokus kepada win ratio, bukan hanya win rate percentage. Dengan mindset ini, anda akan lebih tenang, disiplin, dan konsisten sebagai seorang trader.