WASHINGTON, 18 Nov – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada hari Selasa memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan beberapa individu mengenai jawatan pengerusi baharu Federal Reserve, dan terdapat beberapa calon yang tidak dijangka dalam senarai berkenaan.

Menurut Trump, senarai itu merangkumi “nama-nama yang mengejutkan” dan juga “nama biasa” yang sering diperkatakan. Kenyataannya dibuat ketika beliau berada di Oval Office bersama tetamu negara, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Trump menyatakan beliau mungkin memilih calon yang dianggap pilihan arus perdana, namun tidak menolak kemungkinan memilih seseorang yang lebih luar jangka. Beliau berkata, “Kadang-kadang elok juga pilih cara yang lebih biasa... tapi kami ada beberapa nama yang sangat hebat.”

Trump turut mengulangi bahawa Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent, tidak berminat dengan jawatan tersebut. Pada masa sama, beliau kembali mengkritik pengerusi sedia ada, Jerome Powell, yang menurutnya tidak menurunkan kadar faedah dengan cepat.

Trump menambah, “Saya teringin nak tukar orang yang ada sekarang... tapi ada yang menghalang saya,” merujuk kepada Powell, yang tempohnya sebagai pengerusi Fed dijadual berakhir pada bulan Mei.



{button text="Unlock Income in USD" url="https://prediktable.my/fft"}