Ramai yang berminat menceburi trading tetapi terhalang kerana kekurangan modal. Adakah benar-benar wujud peluang trading tanpa modal?

Artikel ini akan membincangkan realiti risiko dalam trading dan bagaimana funded trading boleh menjadi solusi untuk mereka yang ingin memulakan perjalanan trading tanpa modal sendiri.


Trading Sentiasa Melibatkan Risiko

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam dunia pelaburan adalah setiap bentuk trading pasti melibatkan risiko. Tidak kira sama ada anda trade saham, forex, komoditi atau aset lain, elemen ketidakpastian dan kemungkinan kerugian sentiasa wujud. Ini adalah realiti yang perlu ditelan oleh sesiapa yang ingin terjun ke dalam dunia trading.

Risiko dalam trading datang dalam pelbagai bentuk. Ada risiko pasaran di mana harga boleh berubah dengan mendadak dan tidak menentu. Ada juga risiko psikologi di mana emosi seperti tamak dan takut boleh mempengaruhi keputusan trading.

Pengurusan wang yang lemah dan kurang pengetahuan tentang instrumen yang didagangkan juga merupakan risiko yang sering menyebabkan kerugian.

Sesiapa yang menjanjikan keuntungan pasti atau trading tanpa risiko sama sekali adalah tidak jujur. Bahkan pelabur paling berjaya di dunia mengakui bahawa risiko adalah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada pelaburan.

Yang membezakan trader berjaya dengan yang gagal adalah bagaimana mereka mengurus risiko tersebut, bukan mengelak daripadanya.


Risiko dalam Perspektif Islam

Dalam pelaburan menurut perspektif Islam, risiko sebenarnya adalah sesuatu yang diiktiraf dan diterima sebagai sebahagian daripada perniagaan.

Terdapat satu kaedah yang berbunyi: "al-ghunm bil ghurm" yang bermaksud keuntungan datang dengan risiko menunjukkan bahawa pulangan yang halal perlu datang daripada usaha dan kesediaan untuk menanggung risiko yang munasabah.

Ini bermakna dalam Islam, risiko perniagaan yang wajar adalah dibenarkan, asalkan ia bukan spekulasi membuta tuli atau aktiviti yang menyerupai perjudian.



Anda mungkin berminat: Kepentingan Menjaga Risk Dalam Trading Harian


Funded Trading Program

Jadi apakah sebenarnya solusi untuk mereka yang ingin trading tanpa modal? Jawapannya adalah melalui funded trading program atau program pembiayaan trading.

Funded trading atau prop trading adalah program di mana syarikat proprietary trading menyediakan modal kepada trader yang berkelayakan untuk melakukan trading. Konsepnya mudah, trader tidak perlu menggunakan wang sendiri untuk trade, tetapi perlu membuktikan kemahiran mereka terlebih dahulu melalui proses evaluation atau ujian.

Biasanya, trader perlu mendaftar dan dan dinilai terlebih dahulu. Jika berjaya lulus, mereka akan diberikan akaun sebenar dengan modal yang disediakan oleh syarikat, yang boleh berkisar dari puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit atau lebih.

Apabila trade menggunakan akaun funded ini, profit yang diperolehi akan dikongsi antara trader dan syarikat mengikut peratusan yang telah ditetapkan. Biasanya trader akan dapat 70 hingga 90 peratus dari profit, manakala syarikat mengambil bakinya.


Kelebihan utama funded trading adalah anda tidak perlu modal besar untuk memulakan. Risiko kewangan anda terhad kepada yuran program sahaja. Anda juga dapat pengalaman berharga trading dengan modal yang besar, yang mana sukar dicapai jika menggunakan modal sendiri terutama bagi mereka yang baru bermula. Sistem peraturan dalam program ini juga secara tidak langsung membantu meningkatkan disiplin trading anda.

Baca artikel: Funding Trader Malaysia: Apa Pilihan Yang Ada Untuk Trader Tempatan?

Namun, perlu diingat bahawa walaupun ini adalah peluang yang baik, ia bukan jaminan kejayaan. Anda masih perlu ada kemahiran trading yang kukuh, disiplin yang tinggi dan pengurusan emosi yang baik. Ramai yang cuba tetapi gagal dalam peringkat evaluation kerana tidak cukup ilmu atau tidak dapat kawal emosi dengan baik.

Jika anda serius ingin menceburi trading, luangkan masa untuk belajar dengan betul. Fahami risiko yang terlibat, tingkatkan kemahiran anda melalui latihan di akaun demo, dan hanya mulakan trading dengan wang sebenar atau sertai program funded apabila anda sudah benar-benar bersedia. Ingat, trading adalah perjalanan jangka panjang, bukan cara cepat kaya.


{button text="Saya Nak Belajar Funded Futures Trading 🚀" url="https://prediktable.my/fft"}