Bitcoin kini diniagakan pada $115,051 (15 Sept 2025) dengan modal pasaran $2.29 trilion. Pergerakan harian agak terhad antara $114,790 ? $116,689, menunjukkan pasaran masih dalam fasa berhati-hati.
Pada carta harian, Bitcoin masih dalam fasa pemulihan selepas jatuh dari paras tertinggi $124,517. Struktur harga menunjukkan trend menaik jangka pendek dengan sokongan kukuh di $112,000 ? $113,000. Namun, momentum mula lemah berhampiran rintangan $116,000. Jika harga berjaya tutup harian di atas $117,000, potensi kenaikan ke arah $120,000 semakin kuat. Sebaliknya, jatuh bawah $110,000 boleh batalkan struktur bullish ini.
Pada carta 4 jam, Bitcoin bergerak mendatar dalam julat $110,768 ? $116,805. Rintangan kukuh berada di $116,800 ? $118,000. Pecah di atas zon ini dengan volume tinggi berpotensi meneruskan trend menaik, manakala kegagalan boleh bawa harga turun semula ke $114,000.
Pada carta 1 jam, corak bearish muncul selepas ditolak di $116,700, menjatuhkan harga ke $114,600. Sokongan penting ada di $114,500; pecah ke bawah boleh bawa ke $113,000. Jika berjaya melepasi $115,500, harga berpeluang uji semula $116,200.
Indikator teknikal:
- RSI 56 ? neutral
- Stochastic 85 ? neutral
- CCI 123 & Momentum ? lemah (bearish)
- MACD 443 ? bullish
- ADX 18 ? trend lemah
Namun, purata bergerak (EMA & SMA) jangka pendek hingga panjang semuanya menyokong kenaikan, selagi harga tidak jatuh bawah $110,000.
Bull Verdict:
Struktur jangka panjang kekal menaik. Pecah di atas $116,800 boleh dorong harga ke $120,000.
Bear Verdict:
Jika gagal bertahan di atas $115,500 dan pecah $114,500, harga boleh turun ke $113,000 atau lebih rendah. Jatuh bawah $110,000 akan batalkan momentum pemulihan.