Emas menyusut selepas lonjakan singkat susulan keputusan kadar faedah Bank Pusat AS (Fed). Walaupun Fed menurunkan kadar sebanyak 25 mata asas, pasaran sudahpun menjangka langkah ini jadi kenaikan awal cepat reda dan harga kini bergerak ke bawah sedikit.
Perkara penting
- Fed memotong kadar faedah kepada julat 4.00% - 4.25%.
- Pasaran memberi fokus pada ?dot plot? Fed yang menunjukkan kemungkinan dua lagi potongan kadar pada 2025.
- Pengumuman ini menyebabkan pengukuhan semula Dolar AS dan kenaikan hasil Treasuri, yang menekan harga emas.
Apa jadi pada harga emas hari ini?
Selepas pengumuman Fed, emas sempat mencecah paras rekod berhampiran $3,707, tetapi keuntungan itu cepat hilang kerana pasaran sudah menjangkakan keputusan tersebut. Pada waktu artikel ditulis, emas berlegar sedikit bawah paras rekod dan menunjukan tekanan jual dalam jangka masa pendek.
Kenapa emas turun walaupun Fed potong kadar?
Walaupun potongan kadar biasanya menyokong emas (kerana kos peluang untuk memegang emas turun), pasaran memberi tumpuan kepada butiran ? terutamanya dot plot dan komen Pengerusi Fed, Jerome Powell. Dot plot yang memberi isyarat ada kemungkinan lebih banyak potongan membawa kepada turun-naik (volatility) pada pasaran, dan Dolar serta hasil bon AS semula menguat ? sekali gus menahan harga emas.
Analisis teknikal ringkas
- Emas jatuh di bawah paras $3,650 dan juga di bawah 50-period SMA (4-jam), menunjukkan bias jangka pendek lebih kepada arah turun.
- Sokongan psikologi dekat pada $3,600, dan sokongan lebih kukuh dilihat sekitar $3,560.
- Sekiranya emas pulih di atas $3,650 + 50-SMA, ia boleh cuba uji semula zon sekitar $3,700?$3,707. Jika berjaya patahkan rekod lagi, sasaran seterusnya ~ $3,730?$3,750.
- Indeks RSI pada carta 4-jam berada sekitar 41, yang menunjukkan momentum sedikit lemah ke arah jual.