Ramai trader bila dah lama dalam market, makin banyak benda dia belajar. Tapi makin banyak juga dia overthinking. Kadang hari ni guna indicator, esok guna Fibonacci. Lusa tukar guna harmonic pattern, tambah lagi tengok orderflow, tengok heatmap, tengok semua benda. Sampai satu tahap, sendiri pun dah pening nak percaya yang mana satu betul.
Back To The Basics
Sebenarnya, bila kita terlalu sibuk cari setup terbaik, kita lupa benda paling penting: baca trend, kenal key levels, dan tunggu confirmation. Itu asas yang ramai dah tinggal. Market ni bukalah semata-mata siapa yang subscribe tools paling hebat, tapi siapa paling faham arah dan sabar tunggu the right timing.
Tengok dulu market tu tengah naik ke turun. Jangan lawan trend semata-mata sebab rasa harga dah tinggi atau rendah. Perhatikan kawasan penting: support, resistance, supply dan demand. Di sinilah selalunya market akan buat big decision. Bila nampak tanda arah yang jelas, baru entry. Jangan entry sebab rasa-rasa. Belajarlah untuk entry hanya bila nampak confirmation.
Fokus Pada Risk-Reward
Benda paling penting dalam trading bukan entry, tapi cara kawal risiko. Ramai trader sibuk nak cari entry cantik, tapi lupa nak kira risk-reward. Kalau satu entry kita jaga baik-baik, set berapa sanggup rugi dan berapa nak ambil untung, kita dah separuh jalan jadi trader yang akan survive lama.
Setup biasa pun boleh bagi profit kalau risk-reward dijaga. Setup hebat pun tak guna kalau risiko tak terkawal. Jadi sebelum sibuk cari signal, pastikan trading plan jelas: berapa maksimum rugi, untung nak target berapa. Barulah dipanggil trade dengan tenang.
Jangan Cepat Tukar Direction
Ramai trader cepat sangat panik bila price lawan arah sikit. Baru floating merah sikit dah tukar arah. Padahal kadang market cuma retrace sekejap je. Kalau setiap kali market lawan sikit dah panik, maksudnya kta bukan tengah baca market, tapi tengah ikut perasaan sendiri.
Market memang akan bergerak naik turun, itu normal. Jangan bagi emosi ganggu plan kita. Trader yang berjaya bukan yang tak pernah salah, tapi yang tak mudah goyah bila market test kesabaran dia.
Faham Bila Trend Dah Invalid
Kita kena tahu bila trend tu betul-betul dah invalid atau terbatal. Maksudnya, bila arah asal dah tak sah lagi. Kalau tengah buy, apa tanda trend naik tu dah habis? Kalau tengah sell, apa tanda momentum jualan dah lemah? Bila jelas benda ni, kita takkan cuai dan takkan cepat panik. Kita tahu bila masa untuk bertahan, bila masa untuk keluar.
Kawal Diri, Bukan Market
Akhirnya, overthinking datang sebab kita nak kawal semua benda dalam market. Tapi hakikatnya, kita cuma boleh kawal diri sendiri. Jangan tambah tools semata-mata nak nampak pandai. Market bukan perlukan 100 indicator, dia cuma perlukan mata yang boleh baca trend dan hati yang boleh sabar.
Tak perlu jadi trader yang tahu semua benda. Kita cuma perlu jadi trader yang tahu apa nak buat bila market bergerak. Kadang bukan market yang susah, cuma kita yang buat dia nampak rumit.
Keep it simple. Trade dengan tenang. Kembali kepada basics.