Pernah tak anda terfikir macam mana orang boleh buat duit melalui trading saham? Mungkin anda nampak ramai orang bercakap tentang saham di media sosial, atau mungkin anda ada kawan yang dah mula melabur.

Kalau anda rasa nak cuba tapi tak tahu nak mula dari mana, artikel ini ditulis khas untuk anda.

Trading saham sebenarnya tak susah mana pun kalau anda faham asasnya. Bayangkan macam anda belajar main game baru - mula-mula kena faham peraturan dulu, lepas tu baru boleh main dengan lebih yakin.

Jom kita belajar cara belajar trade saham untuk beginner dengan cara yang paling senang!


Kenali Instrumen Trading Anda

Sebelum anda mula trading, anda kena tahu dulu apa yang anda nak trade. Ada macam-macam jenis instrumen dalam dunia trading, dan setiap satu ada karakter dan fungsi yang berbeza.


Saham

Instrumen paling popular adalah stocks, shares atau saham. Bila anda beli saham, anda sebenarnya beli sebahagian kecil daripada syarikat tersebut.

Contohnya, kalau anda beli saham Maybank, anda jadi pemilik kecil-kecilan Maybank. Kalau syarikat tu untung dan harga saham naik RM1, anda pun untung RM1 bagi setiap unit yang dibeli. Kalau rugi, harga saham turun.


Opsyen / Waran

Selain itu, kita juga ada instrumen derivatif seperti options atau warrants, yang lebih kompleks sikit. Options bagi anda hak untuk beli atau jual saham pada harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.


Bayangkan macam anda booking kereta untuk dibeli bulan depan pada harga hari ini. Kalau harga kereta naik bulan depan, anda untung sebab boleh beli dengan harga lama. Options ni untuk trader yang dah lebih berpengalaman.


Kontrak Hadapan (Futures)

Futures pula macam kontrak janji. Anda berjanji nak beli atau jual sesuatu pada harga dan tarikh yang ditetapkan di masa hadapan.


Contohnya, petani guna futures untuk jual hasil tanaman mereka sebelum penuaian. Dalam trading, futures digunakan untuk minyak, emas, dan komoditi lain.


Kontrak Untuk Perbezaan (CFD)

Ada juga CFD atau Contract for Difference. Dengan CFD, anda tak beli aset sebenar, tapi anda trade berdasarkan pergerakan harga sahaja.

Kalau harga naik atau turun, anda boleh untung bergantung pada jangkaan anda. CFD popular sebab trader boleh trade dengan modal yang lebih kecil berbanding beli aset sebenar.


Asset Kripto


Antara yang trending sekarang adalah crypto atau cryptocurrency seperti Bitcoin dan Ethereum. Ini adalah mata wang digital yang boleh anda trade 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Harga crypto sangat volatile, maksudnya boleh naik turun dengan drastik dalam masa singkat. Sesuai untuk yang sukakan risiko tinggi dengan potensi keuntungan tinggi.


Berapa Modal Yang Anda Perlukan?

Ini soalan yang semua beginner tanya: "Berapa banyak duit saya kena ada untuk mula trade?" Jawapannya bergantung pada instrumen yang anda pilih dan strategi trading anda.

Untuk saham, anda boleh mula dengan modal serendah RM1,000 hingga RM3,000. Ada broker yang terima deposit minimum RM100 sahaja. Namun dengan modal yang terlalu kecil, anda mungkin tak dapat rasai pengalaman trading yang sebenar sebab kerana agar sukar untuk membuat portfolio diversification (beli saham pelbagai untuk menguruskan risiko).

Modal yang ideal untuk beginner adalah sekitar RM5,000 ke atas. Kenapa? Sebab dengan jumlah ini, anda boleh diversify atau pecahkan duit anda kepada beberapa saham berbeza. Anda juga tak akan rasa terlalu tertekan kalau rugi sikit sebab anda masih ada modal lain untuk trade.

Yang paling penting, gunakan duit yang anda sanggup rugi. Jangan sekali-kali guna duit untuk bayar bil, duit makan, atau duit yang anda pinjam. Trading ada risiko, dan sebagai beginner, kemungkinan besar anda akan buat silap pada permulaan. Anggap modal trading anda sebagai bayaran untuk belajar, bukan jaminan untuk cepat kaya.

Nak belajar trade tanpa modal besar? Baca tentang Funded Futures Trading.

Satu tips penting yang ramai orang lupa: semak volume dan liquidity sebelum anda beli mana-mana saham.

Volume bermaksud berapa banyak saham yang dibeli dan dijual setiap hari.

Liquidity pula bermaksud betapa mudahnya anda nak jual balik saham tersebut.

Kalau anda beli saham yang volume rendah, nanti masa anda nak jual, mungkin tak ada orang nak beli. Anda akan tersangkut dengan saham yang tak boleh dijual. Jadi sentiasa pilih saham yang ada volume tinggi dan liquidity yang baik supaya anda boleh masuk dan keluar dengan mudah.


Belajar Baca Trend: Ke Mana Arah Pasaran?

Selepas anda kenal instrumen dan dah sediakan modal, langkah seterusnya adalah belajar baca trend. Trend adalah arah pergerakan harga. Ada tiga jenis trend yang anda perlu tahu.

Uptrend bermaksud trend harga sedang menaik. Bayangkan anda tengah mendaki bukit - anda bergerak ke atas walaupun kadang-kadang ada bahagian yang mendatar atau turun sikit. Dalam trading, bila harga buat higher highs dan higher lows, itu tandanya uptrend.

Chart 1-hour: Contoh lukisan uptrend line pada Nasdaq Futures (NQ)

Maksudnya setiap kali harga naik, dia naik lebih tinggi dari naik sebelumnya. Setiap kali turun pun, dia turun pada tahap yang lebih tinggi dari turun sebelumnya.

Downtrend pula trend harga menurun. Harga sedang jatuh seperti anda menuruni bukit. Harga buat lower highs dan lower lows. Setiap kali naik, naik pada tahap yang lebih rendah. Setiap kali turun, turun lebih rendah lagi.

Chart 1-hour: Contoh lukisan downtrend line pada WTI Crude Oil Futures (CL)

Sideways atau trend mendatar bermaksud harga bergerak dalam julat tertentu tanpa naik atau turun dengan ketara. Macam anda berjalan di jalan yang rata. Pasaran sideways biasanya berlaku bila pelabur tak pasti nak beli atau jual, jadi harga berlegar-legar di sekitar satu aras sahaja.

Chart 1-hour: Contoh lukisan sideway pada WTI Crude Oil Futures (CL)

Untuk beginner, cara mudah nak kenal pasti trend adalah guna teknik "higher highs, higher lows" untuk uptrend, dan "lower highs, lower lows" untuk downtrend.

Anda boleh belajar lukis garisan (trendline) di atas graf untuk sambungkan titik-titik tinggi dan rendah. Kalau garisan yang menyambungkan titik-titik rendah semakin menaik, itu uptrend. Sebaliknya garisan yang menyambungkan titik-titik tinggi semakin ke bawah, itu downtrend.

Ramai trader berpegang dengan pepatah: "The trend is your friend, until it ends, when it bends." Maksudnya, lebih senang anda ikut arah trend berbanding lawan trend.

Kalau pasaran sedang uptrend, lebih baik cari peluang untuk buy. Kalau downtrend, lebih selamat untuk jual atau tunggu dulu.

Cara paling mudah, anda juga boleh menggunakan trend indicator seperti Moving Average. Ini cara baca trend dalam 2 saat!


Belajar Baca Momentum: Seberapa Kuat Pergerakan?

Lepas anda tahu arah trend, anda kena tahu pula seberapa kuat pergerakan harga tersebut. Ini yang dipanggil momentum.

Bayangkan bola yang menggelongsor menuruni bukit. Ada masa dia gerak lambat, ada masa dia gerak cepat. Begitu juga dengan harga saham.

Momentum tinggi bermaksud harga bergerak dengan pantas dan kuat. Ramai pembeli atau penjual yang aktif, jadi harga naik atau turun dengan cepat.

Chart 1-hour: Contoh perbezaan momentum pada Natural Gas Futures (NG)

Momentum rendah pula bermaksud pergerakan harga perlahan, mungkin sebab pelabur masih ragu-ragu atau tunggu dan lihat dulu.

Untuk beginner, anda boleh nampak momentum melalui saiz candle atau bar dalam graf. Kalau candle panjang, itu bermaksud harga bergerak banyak dalam tempoh masa tersebut - momentum tinggi. Kalau candle pendek, harga tak bergerak banyak - momentum rendah.

Momentum penting sebab dia bagi anda idea sama ada trend masih kuat atau dah mula lemah.

Contohnya, kalau dalam uptrend tapi momentum mula berkurangan, mungkin trend tu nak berakhir tidak lama lagi.

Sebaliknya, kalau baru nak masuk uptrend dan momentum tinggi, peluang untuk trend berterusan adalah lebih baik.

Ramai trader guna momentum untuk tentukan timing masuk dan keluar. Bila momentum tinggi, itu peluang bagus untuk ikut trend. Bila momentum mula perlahan, mungkin masa untuk keluar atau kurangkan position.


Belajar Baca Retracement: Peluang Dalam Retracement

Dalam setiap trend, harga sangat jarang meluncur naik atau turun terus tanpa henti. Akan ada masa di mana harga buat retracement atau pullback.

Ini bermaksud harga bergerak sementara ke arah bertentangan dengan trend sebelum sambung semula arah asal.

Bayangkan anda tengah panjat tangga. Kadang-kadang anda turun satu atau dua anak tangga untuk rehat atau adjust kedudukan sebelum teruskan panjat.

Begitu juga dengan harga saham. Dalam uptrend, harga kadang-kadang akan turun sikit untuk "rehat" sebelum naik lagi. Ini bukan bermaksud trend dah berakhir, cuma harga tengah buat correction.

Chart 5-minute: Retracement ketika uptrend pada E-mini S&P 500 Futures (ES)

Retracement sebenarnya peluang emas untuk trader yang terlepas entry awal. Bila harga buat retracement dalam uptrend yang kuat, itu peluang untuk masuk pada harga yang lebih murah sebelum harga naik semula.

Masalahnya, macam mana nak tahu sama ada itu retracement atau trend dah betul-betul bertukar arah?

Untuk beginner, cara paling mudah adalah tengok saiz pullback. Kalau dalam uptrend yang kuat, retracement biasanya tak akan turun lebih dari setengah pergerakan sebelumnya.

Contohnya kalau harga naik dari RM1.00 ke RM1.50, retracement yang sihat mungkin turun ke sekitar RM1.25 hingga RM1.30 sebelum naik balik. Kalau turun lebih rendah dari tu, mungkin dah bukan retracement lagi, tapi trend reversal.

Ramai trader juga guna teknik "wait for the bounce". Maksudnya jangan masuk terus bila harga mula turun dalam retracement. Tunggu sampai harga tunjuk tanda-tanda nak naik semula. Ini lebih selamat daripada cuba berteka-teki di mana harga akan berhenti turun.


Belajar Baca Confirmation: Pastikan Dulu Sebelum Masuk

Ini mungkin pelajaran paling penting untuk beginner: jangan terburu-buru masuk trade. Anda perlu belajar baca confirmation atau pengesahan sebelum buat keputusan.

Confirmation adalah signal atau tanda yang mengesahkan bahawa pergerakan harga adalah betul dan bukan false alarm.

Bayangkan anda tengok langit mendung dan rasa macam nak hujan. Anda tak akan terus keluar dengan payung kan? Anda tunggu dulu lihat sama ada awan betul-betul mula menitis air.

Confirmation dalam trading pun sama - anda tunggu bukti yang lebih kukuh sebelum masuk trade.

Confirmation boleh datang dalam pelbagai bentuk. Yang paling asas untuk beginner adalah tunggu candle close. Maksudnya jangan masuk trade tengah-tengah candle masih terbuka. Tunggu sampai candle tutup untuk pastikan pergerakan harga adalah confirmed.

Ramai beginner rugi sebab masuk terlalu awal sebelum candle close, lepas tu harga berubah arah.

Confirmation lain termasuk peningkatan volume. Kalau harga mula naik tapi volume rendah, mungkin pergerakan tu tak kuat. Tapi kalau harga naik dengan volume yang tinggi, itu confirmation yang lebih kukuh bahawa ramai orang sedang beli, jadi pergerakan tu lebih dipercayai.

Untuk situasi retracement yang kita bincang tadi, confirmation adalah bila harga dah bounce dan mula naik semula mengikut arah trend asal. Jangan masuk semasa harga masih turun dalam retracement.


Tunggu confirmation iaitu harga dah mula naik balik, baru masuk. Memang anda terlepas sikit harga paling murah, tapi lebih selamat sebab anda dah ada confirmation.

Satu lagi bentuk confirmation adalah bila harga break through resistance atau support level yang penting.

Tapi untuk beginner, mula dulu dengan confirmation mudah: tunggu candle close dan tengok volume. Lepas anda dah lebih berpengalaman, baru anda boleh guna teknik confirmation yang lebih advanced.


Dapatkan Mentor Yang Certified

Semua yang dikongsikan tadi adalah asas-asas penting cara belajar trade saham untuk beginner. Tapi sejujurnya, belajar bersendirian akan ambil masa yang lebih lama dan mungkin akan menelan lebih banyak kos kerana kesilapan-kesilapan yang sepatutnya kita boleh elak.

Cara paling cepat untuk berjaya dalam trading adalah dapatkan mentor yang betul-betul tahu apa yang dia buat. Bukan sekadar orang yang cakap pandai di media sosial, tapi mentor yang ada track record dan credentials yang betul. Anda nak belajar dari orang yang dah terbukti berjaya, bukan dari orang yang cuma pandai bercerita sahaja.

Mentor yang baik bukan sahaja ajar anda teknikal analysis dan strategi trading. Mereka juga ajar anda tentang psychology trading, money management, dan discipline yang diperlukan untuk survive dalam dunia trading. Ramai beginner fokus pada strategi sahaja, tapi lupa yang 70% kejayaan trading sebenarnya datang dari mindset dan disiplin.

Team Prediktable adalah contoh mentor yang certified funded traders daripada beberapa prop firm terkemuka. Maksudnya mereka bukan sekadar trader biasa, tapi trader yang dah lulus ujian ketat dari syarikat trading profesional dan diberi modal untuk trade. Ini bukti bahawa skill mereka adalah valid dan bukan sekadar teori.

Bila anda belajar dengan mentor yang certified, anda dapat shortcut pembelajaran yang betul. Mereka dah lalui semua kesilapan yang beginner biasa buat, jadi mereka boleh ajar anda elak kesilapan yang sama.

Mereka juga boleh bagi anda feedback real-time tentang trading anda, tunjuk apa yang anda buat betul dan apa yang perlu diperbaiki, menjadikan journey pembelajaran anda lebih pantas dan mudah.


Journey Anda Bermula Sekarang

Cara belajar trade saham untuk beginner sebenarnya tak susah kalau anda ambil langkah yang betul. Mula dengan kenali instrumen yang anda nak trade, pastikan anda ada modal yang mencukupi dan selalu semak volume serta liquidity sebelum beli. Lepas tu kuasai skill asas macam baca trend, momentum, retracement, dan confirmation.

Yang paling penting, jangan cuba belajar semua benda sekaligus. Ambil masa anda untuk faham setiap konsep satu per satu. Practice dengan demo account dulu sebelum guna duit sebenar. Dan bila anda rasa dah ready untuk level up, dapatkan mentor yang certified untuk guide anda.

Trading adalah skill yang boleh dipelajari, tapi ia memerlukan masa, kesabaran, dan dedikasi. Jangan expect untuk jadi kaya dalam sekelip mata.

Anggap trading sebagai perniagaan atau career jangka panjang. Dengan asas yang kukuh, pembelajaran yang konsisten, dan mentor yang betul, anda boleh berjaya dalam dunia trading.

Selamat belajar, dan semoga perjalanan trading anda membawa kejayaan!


{button text="Saya Nak Belajar Funded Futures Trading 🚀" url="https://prediktable.my/fft"}